Konflik
dalaman Bahagian Keselamatan UPM.
Who let da dogs out? Perkenalkan kepada mahasiswa, inilah Pak Turut
(gambar kanan) yang sering mengikut telunjuk Dr. Azali.
Segala masalah yang melibatkan hal-hal keselamatan di UPM,
inilah orang yang 'in charge'.
Kenapa? Sebab Dr. Azali yang lantik
mamat ni menggantikan Mejar Feisal Awang disebabkan Azali menuduh
Mejar Feisal gagal bertugas (GB) dan lembik bekerja.
Dengan perlantikan itu, Dr.
Azali dengan mudah menggunakan bonekanya (Mejar Othman) untuk
mentadbir hal keselamatan. Dengan itu juga, Azali memegang 2 jawatan
TNC iaitu B'HEP dan BK.
Elok-elok UPM ini aman damai, tiba-tiba bila digantikan dengan Pengarah baru Bahagian Keselamatan, UPM ini dah jadi tempat yang tak selamat!
Denda dari RM25 kini dah naik RM50.
Parking student di-anaktiri-kan. Memang tekan student. Ke mana duit denda tu pergi kalau tak ke poket
Azali.
About to blame. So many confusion.
Politik balas dendam bermula.
Pertarungan muka baru (Mejar Othman) melawan muka lama (Mejar Feisal).
Untuk pengetahuan umum, Mejar Othman merupakan 'kaki' paling kuat
Dr. Azali. Segala penguatkuasaan undang-undang keselamatan di UPM
dikuasai sepenuhnya oleh Dr. Azali, dan tidak di tangan Mejar
Othman.
Mejar Othman dilaporkan tidak secocok
dengan pentadbiran Mejar Feisal, lalu telah mendesak Mejar Othman
memecat banyak kakitangan di bawah kendalian Mejar Feisal.
Pegawai-pegawai UTK di bawah taklukan Mejar Othman kini yang malas
bekerja, telah menyerahkan semua tugas mereka kepada budak-budak
SUKSIS. Makan gaji buta UTK ni.
|